Saturday, May 2, 2009

Sejarah Penubuhan Persatuan

Pada tahun 1995, satu pusat pengajian Islam secara tradisional telah ditubuhkan di Nenasi, Pekan Pahang Darul Makmur, bermula dengan sebuah bangunan surau sebagai tempat pengajian Islam bagi golongan dewasa Islam. Dalam tahun 1998, pusat pengajian Islam ini telah diperkembangkan kepada golongan kanak-kanak Islam. Dengan adanya keperluan bagi pengajian kanak-kanak Islam ini, infrastruktur bangunan telah ditambah kepada sebuah pusat pengajian kanak-kanak Islam (tadika) dan juga sebuah kedai runcit. Dengan adanya perkembangan untuk membangunkan rumah anak yatim dan projek kemasyarakatan Islam yang lain, ini memerlukan satu persatuan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan untuk menguruskan pusat pengajian dan projek kebajikan Islam ini dengan lebih sistematik dan efisien. Maka, pada bulan Jun 2008, secara rasminya Persatuan Kebajikan Komuniti Islam Nenasi telah ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Dengan adanya kelulusan penubuhan persatuan ini, beberapa projek kebajikan Islam akan dijalankan secara berfasa mengikut jadual perancangan. Diantara projek kebajikan Islam yang akan dilaksanakan ialah : Rumah Anak Yatim / Miskin Rumah Warga Emas Pusat Pengajian dan Bimbingan Islam Moden Pusat Ekonomi Islam Pusat Kaunseling Islam Pusat Seminar dan Informasi Komuniti Islam Pusat Kesihatan Islam Pusat Bantuan Kecemasan Islam

No comments:

Post a Comment